USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

KETAKUTAN SAIDINA ABU BAKAR R.A TERHADAP ALLAH SWT
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد





Kisah Ketakutan Saidina Abu Bakar Terhadap Allah


Menurut ijma' (kata sepakat) ahli sunnah wal jama'ah, Saidina Abu Bakar ialah lelaki yang paling afdal selepas para nabi. Kedudukan beliau sebagai ahli syurga sudah pasti. Nabi sendiri pernah memberi berita gembira kepada beliau tentang kedudukan beliau di dalam syurga. Bahkan diberitahu bahawa beliau akan menjadi ketua kepada satu kumpulan ahli syurga. Semua pintu syurga akan menyeru dan memanggil nama beliau.


Baginda pernah bersabda "Abu Bakar ialah orang yang mula-mula sekali akan memasuki syurga di kalangan umatku."

Walaupun mempunya segala kelebihan ini, kadang-kadang beliau berkata;

"Alangkah baik andainya aku sebatang pokok yang akan di tebang."

Kadang-kadang beliau berkata;

"Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang akan dimakan oleh haiwan ternakan."

Kadang-kadang beliau berkata;

"Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan seorang mukmin."


Pada suatu ketika beliau telah memasuki satu kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk.

Beliau menghela nafas panjang sambil berkata;
"Betapa gembira hidupmu. Kamu makan, kamu minum, kamu ke sana dan ke mari di bawah naungan pokok-pokok dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisaban pun ke atasmu. Alangkah baiknya kalau Abu Bakar sepertimu." [Tarikhul Khulafa']

Saidatina Rabi'ah Aslami menceritakan;

"Pernah sekali berlaku pertengkaran antara saya dengan Saidina Abu Bakar kerana sesuatu perkara. Beliau telah mengatakan sesuatu yang kasar terhadap saya yang saya tidak suka. Beliau segera menyedari keadaan itu dan berkata kepada saya, "Engkau pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan terhadap saya."

Saya enggan mengatakan perkataan itu. Maka beliau pun berkata "Sama ada engkau katakan perkataan itu kepada saya atau pun saya akan pergi dan ajukan perkara ini kepada Rasulullah."

Saya tetap enggan daripada menyuarakan sebarang jawapan. Lantas beliau telah bangun dan terus pergi. 

Beberapa orang daripada Bani Aslam datang dan berkata;

"Adakah ini satu perbuatan yang wajar ? Dia yang membuat kesilapan dan dia juga yang ingin adukan kepada Rasulullah."

Saya menjawab, "Adakah kamu mengetahui siapa beliau ? Beliaulah Saidina Abu Bakar As Siddiq. Sekiranya beliau merajuk denganku maka Rasul yang di kasihi Allah juga akan memarahi aku. Dengan kemarahan Baginda, 
Allah juga memurkai aku. Jika demikian, tidak ada apa-apa keraguan lagi pada kebinasaan Rabi'ah.

Selepas itu, saya pergi menemui Rasulullah dan menceritakan peristiwa tadi. Baginda pun bersabda;

"Tindakan kamu itu betul, memang sepatutnya engkau tidak menjawab dan tidak membalas terhadap beliau. 

Cuma sebagai ganti katakanlah:

"Wahai Abu Bakar, semoga Allah mengampuni kamu."

Demikian itulah sifat ketakutan Abu Bakar kepada Allah. Beliau begitu risau dan mengambil berat tentang satu perkataan yang remeh sehingga pada mulanya beliau sendiri yang meminta supaya dibalas kan kemudian dengan perantaraan Rasulullah. Beliau ingin Rabi'ah mengambil tindakan balas.


Pada hari ini, sungguhpun banyak perkataan yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita tidak pernah terfikir pun yang kita akan di balasi atau pun kita akan dihisab di akhirat nanti.

Allahu..


Mari muhasabah diri.
Sekian saja usrah kita malam ini. Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk datangnya dari kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri.

Moga bermanfaat..



0 Comments:

Post a Comment


Written at 4:15 PM